Sunday, November 16, 2008

BAHAN-BAHAN UTAMA YANG DIGUNAKAN DALAM PENGHASILAN ARCA

« Gangsa

« batu marmar,batu kapur

« kayu keras

« tanah liat,seramik ,logam,besi

« kaca

« plastic

« ais

« pasir

JENIS-JENIS ARCA

ARCA BERBENTUK BERFUNGSI

« Arca yang digunakan biasanya digunakan untuk tujuan keagamaan dan kebudayaan disamping ciri-ciri estetikanya.

« Contohnya “kelirieng” atau ntiang perkuburan orang Melanau di Sarawak yang digunakan untuk pengebumian sekunder

ARCA BENTUK ESTETIKA

« Tidak mempunyai fugsi tertentu.

« Biasanya dipamerkan di galeri,taman,atau ruang legar kawasan peranginan dan kawasan yang sering dikunjungi orang ramai.

« Contonya arca estetika ciptaan han sai por(Singapura) di laman Asean, Kuala Lumpur.

ARCA TIMBULAN

« Ciptaan arca yang berbentuk tiga dimensinya tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata ataupun dipahat ke dalam.

« Contohnya karya timbulan oleh Jacques lipchitz(1891-1973) Lithuania yang berjudul ‘still life with musical instruments’ yang jelas menunjukkan pengaruh aliran kiubisme.

ARCA DINDING

« Teknik gergaji, paku, lekat tampal dan cat secara sistematik untuk menghasilkan kesan timbul dan tengelam hasil penyatuan arca dan catan.

« Contohnya arca dinding “langkawi putih”1977 oleh Abdul Latif Mohidin koleksi balai seni lukis Negara.

ARCA ACUAN

« Bahan cecair dituangkan kedalm acuan yang dibentuk khas terlebih dahulu.

« Contoh arca acuan bahan tanah liat(seramik).

ARCA BERGERAK

« Arca yang boleh bergerak, berputar, atau berombak kerana mengandungi bahagian yang dicantumkan pada bahagian sendinya juga disebut arca mobil.

« Contohnya acuan oleh Alexander Calder yang berjudul “horizontal spines” 1942.

ARCA STABIL

« Arca kinetic yang bahagianya terdiri daripada pelbagai jenis bahan yang dicantumkan. Sebahagian arca ini boleh bergerak tetapi tidak mempunyai awangan seperti arca mobil.

« Contohnya arca stabil “homage new york”, a self construting and self destroying work of art’1960 oleh Jean Jinguely (1925-1991) Switzerland, ditaman muzium seni moden New York, 1960.

ARCA BINAAN

« Bentuk arca yang dibina secara sistematik untuk mendapatkan bentuk yang ada kaitan dengan matematik dan struktur jentera.

« Contohnya arca oleh Vladimir Tatlin “monument to the third international” 1919-1920, diperbuat daripda bahan kayu, besi dan kaca.

ARCA LUAKAN

« Arca yang dibina melalui proses mengukir dan membuang bahagian yang berlebihan daripada blok kayu, plaster of paris dan batu marmar.

« Contohnya arca daripada blok kayu, ukiran patung mah meri dari Kampong Sungai Sumbon Pulau Carey, Selangor.

ARCA ASEMBLAJ

« Arca yang dihasilkan dengan mencantumkan bahagian yang berasingan seperti kayu ,logam bahan kutipan dan sebagainya.

« Contohnya “bicyle wheel” oleh Marcel Duchamp(1887-1968) Perancis.

ARCA TAMBAHAN

« Jenis arca yang menggunakan bahan lembut seperti tanah liat sebagai tempat tumpangan sementara untuk bahan cair seperi gangsa tuangan, simen dan sebagainya yang boleh dikeraskan atau arca yang dibina sebagai tambahan pada arca utama.

« Contohnya arca daripada tanah liat yang berasingan dibentuk dahulu kemudiaan di cantumkan.

KIMPALAN/WELDING

· Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik.

· Proses kimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.

· Kimpalan dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser, tembakan electron dan ultrabunyi.

1 comment:

lanpaiman said...

terima Kasih tak terhingga atas info yg diberikan.