Sunday, November 16, 2008

ZAMAN - ZAMAN ARCA

PALEOLITIK

« Menghasilkan arca-arca daripada batu dan tulang-tulang binatang yang mereka jumpai.

« Arca zaman ini berbentuk mudah alih atau boleh dibawa kemana-mana.

« Arca yang paling terkenal dan terawal dijumpai ialah venus of willendort yang dihasilkan diantara 24000-20000, yang berukuran tidak lebih daripada 5 inci tingginya dan diperbuat daripada batu kapur.

« Selain itu juga terdapat arca-arca timbulan yang mengambarkan wanita –wanita yang tidak berpakaian menghiasi tembok-tembok di gua zaman paleolitik.

« Mereka menggunakan pemahat untuk garis luar agar nampak timbul

MESOLITIK

« Bermula pada tahun 10 000 dan dikenali sebagai zaman batu pertengahan.

« Pada zaman ini ketemadunan manusia lebih berkembang jika dibandingkan pada zaman paleolitik.manusia pada zaman ini telah mempunyai tempat tinggal yang tetap dan mahir dalam bidang perternakan dan bercucuk tanam.

« Terdapat beberapa kawasan yang berkembang pada zaman ini iaitu Sumeria, Akkadia, Hitte, Babylon dan sebagainya. Setiap kawasan tersebut terdapat perkembangan dalam seni arca.

« Sumeria merupakan golongan yang pertama menghasilkan patung-patung yang berbentuk peringatan untuk memperhiasi kawasan bandar dan tempat-tempat permujaan.

« Selain itu terdapat juga patung-patung yang dihasilkan dalam bentuk kon dan silinder untuk tujuan keagamaan.

NEOLITIK

« Patung-patung pada zaman neolitik ini dipercayai diperbuat daripada batu dan tanah liat yang dikenali sebagai terracotta dijumpai di Natal Huyuk.

« Kebanyakkan diantara patung atau arca ini dihasilkan dalam saiz yang kecil, iaitu diantara dua sehingga dua belas inci.

« Patung juga kebanyakkan dihasilkan adalah figura wanita yang mewakili dewi yang melambangkan kesuburan.

« Terdapat satu contoh arca yang lebih kepada bentuk bebola,iaitu mewakili dewi dalam keadaan duduk dan tidak berkepala.

ZAMAN PRA DINASTI(3500-3000SM)

« Pada zaman ini, antara hasil karya seni yang pertama sekali dijumpai ialah dalam bentuk kepingan iaitu ‘the palette of narmer’ dihasilkan antara tahun 3100 hingga 3000sm dan berukuran kira-kira 25” tinggi yang dijumpai di hierakonpolis

« Kepingan ini dipercayai digunakan untuk menyediakan alat penyolek mata bagi menghindari daripada pancaran matahari.

« Kedua-dua bahagian hadapan dan belakang kepingan ini mengandungi figura binatang dan manusia yang mempunyai maksud sendiri.

ZAMAN KERAJAAN PERTENGAHAN (2040 – 1650SM)

« Persepsi tentang seni arca mula ditekankan kepada personaliti dan kecenderungan atau ‘mood’.Contoh yang terdapat dilihat adalah pada arca kepala sesostris III, iaitu salah seorang firaun dari dinasti ke12 yang dihasilkan diantara 1875 – 1825 SM dan berukuran 6 1/2” tinggi.

« Mulut, garisan-garisan pada hidung, mata dan kening menunjukkan kuasa seorang pemerintah dan dapat menerangkan dengan jelas personaliti seorang pemerintah pada masa itu.

ZAMAN KERAJAAN BARU (1550- 1070SM)

« Seni arca yang paling terkenal semasa zaman kerajaan ini ialah potret-potret atau patung-patung block.

« Antara contoh yang paing halus dan berkesan ialah patung block kegemaran permaisuri Hatshepsut,iaitu senmut sedang memeluk puteri Nefrua,dari Thebes yang dihasilkan pada dinasti ke 18(1490-1460SM).

« Berukuran 36 ½” tinggi dan diperbuat dari granit.

« Penemuan arca ini menandakan kekuasaan pemerintahan dari golongan wanita pada zaman itu.

ZAMAN ABAD KE 19

« Arca yang dihasilkan lebih bercirikan naturalisme,melodramatic atau sentimentelik.

« Menggunakan model hidup sebagai asas dalam penghasilan arca pada zaman ini.

« Perkembangan pada zaman abad ke-19 diperluaskan oleh beberapa orang pengarca yang menggunakan cirri-ciri yang terdapat pada abad ini iaitu Kolbe dan ano breker dari jerman dan matreav dari Rusia.

ZAMAN MODEN

« Pada zaman ini, penghasilan arca banyak menggunakan batu marmar yang boleh didapati di kauri yang terletak di pulau Augean terutama di naxos dan paros.

« Arca ini banyak disanjung ke hari kerana mempunyai bentuk yang lebih abstrak.

« Antara pengarca pada zaman ini ialah Francios Rude, Jean Baptiste Carpeaux, Loard Leighton dan Antoine Louis Banye.

No comments: